Pages

Tuesday, 19 March 2013

Cobaaannnn


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Ishhh ishhh ishh.. Tensen nya minggu ni.. Badan rasa letih je.. Weekend lepas duduk rumah xpergi kerja memasak jela kerja nya.. Dapatla belajar sikit2 buat crepe.. Yahooooo terhasil la oreo crepe & strawberry crepe dengan caramel. hihi. *banggadengandirisendiri*. Oklaaaaa.. Tapi xda mood nak upload gambar nak tulis resepi kali ni. Tapi ade upload kat instagram.. Boleh tengok la kat sini

Cobaan betul bila buat crepe nie. Tapi bukannya sebab crepe. Tapi bila buat sos caramel.. Gedik sangat tau bila nak buat crepe letak caramel. 3 kali bikin. 1st time hangus lepas tu dah sejuk je gula tu jadi keras.. So buang..... 2nd time buat pun sama.. Keras jugak.. Pelikla macam mana orang boleh buat cantik and jadi.. Stress giler. Tapi kali ke 3 buat jadi.. Alhamdullilah.. tapi colour tak menarik.. Xkesahla, janji sedap. hehe.

Patutnya caramel tu jadi macam ni la!!

Ok sebenarnya cobaan yg betol-betolnya bila muka terkena caramel panas tu.. huh sedih! Fakta: Caramel kalau mendidih panasnya lebih dari air putih yg tengah mengeleggak. Yg sedihnya bila terkena tangan secara tindakan refleks nya terkena dekat muka. Kenapa muka?? Kenapa x telinga? Kenapa muka? Kenapa pipi?? Sedihnya... Betul-betul pipi belah kanan. Dahla ni pipi cari makan. 
Kenala edit sikit. xnak nampak pipi tembam. haha.

Sekarang misi mencari ubat-ubat untuk hilangkan parut nie. Selagi xhilang serius stress. Lagi-lagi bila kawan-kawan office panggil cacat dengan muka koyak.. tensennya.. Xpe2. Ada hikmahnya benda ni nak jadi. Mana tau nanti letak ubat nanti parut-parut jerawat semua hilang.. hehe. berangan. Dalam list seperti disuggestkan oleh kawan-kawan nak try pakai bio-oil. Okey serta merta akan ku carik.. Google-google "cara menghilangkan jerawat" ada jumpa satu produk ni namanya mederma.. Macam okey je.. So masuk jugakla dalam list.. haha.  So far dah pakai 3 krim malam and 3 krim siang campur ubat parut nie nanti xtau nak pakai mana dulu. *eksperimenmuka*. Tengok jela nanti......Insyaallah.. Huh! Sedih.






Tuesday, 12 March 2013

Birthday kek lagi

  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Lama xupdate.. Kononnya nak active sgt blog. Xde maknanye.. Weekend ritu buat kek lagi.. huhuhu. Kali ni untuk birthday abg ipar ke 30 and baby aqeelah yg 1st.. Xlarat nak pikir nak wat kek ape. Biase buat kek mak xmakan sangat so minggu decide nak buat kek cokelat moist la.. Lame pon xmakan and buat.

Mula mula buat  buat campur campur resepi. Hura hara gak dapur. Hehe. Tapi final nyer ok. Puas hati sgt buat kan kek birthday kek org. Walaupon biase. Tp kepuasan tu xtau nak kate. Xkesah orang makan ke tak. Janji siap and family dpt makan. Memang puasla. Birthday sendiri nnt xtau sape yg sggp buatkan. hehe.

Hasilnye!! hehe.
Tukang decorate tu Siti. Si bongsu. Die yg tulis tulis and tepek tepek chocolate rice kat keliling kek. Comot sikit. Tp untuk effort A+. Resepi kek cokelat moist nie senang sgt. Nnt ade masa post entry resepi pulok. Insyaallah..

Monday, 11 February 2013

A Hectic Weekend 2

                  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Hari ahad besday ayah kitorg keluar makan2 since mak xmasak.. Birthday girl sikakak nie teringin makan Fish Manhattan.. So The Curve jela yg dekat pun. Pas kenyang ape lagi bejalan2 dan bershopping ler.. huhu.
Erkk Alhamdullillah

Kakak, Abghanis and Raisya

Peace!!



Seronoknyer cuti.. Walaupon penat tapi best pulok cuti sambil tutup fon.. Hehe.  Minggu nie membizi didapur..   Xde buat celebrate2 pon.. Tapi mak masak2 jew. Lauk mak macam biase siakap 3 rase n siakap stim.. Nyum -nyum.. hari Isnin tu mak masak laksa jugak feberet kakakla.. Sebab xgemar sgt laksa nie so rajinla pk makanan sendiri.. Kita pon sebok la menyemak kan dapur konon2 nak masak.. hehe. So terhasil la Rainbow Cake and Lasagna..


Siakap 3 rasa & steam terbaik dari mak

Resepi rainbow cake dah tunjuk kat sini Lasagna pulak dah kira expert la konon nye.. hehehe. Dah try bnyk kali biase nye masin la cair la.. Tp this time jadi Alhamdulillah.. Agaknye yg penting niat.. Selalu niat nak cube2 je.. Kali ni niat memang nak bagi family makan and mmg untuk birthday kakak so that's why menjadi kot.. hehe. 

Bawah nie resepi lasagna:

Bahan utama: Lasagna sheet 

Bahan-bahan inti daging:
Minyak masak
Bawang Putih 5 ulas
Bawang Merah 1 biji besar
Daging Cincang 400g
Sos Prego
Sos cili

Cara-cara:
1) Tumis bawang merah and putih yang dah dicincang
2) Masukkan daging dan kacau
3) Dah empuk daging, masukkan sos prego
4) Gaul sebati 
5) Masukkan garam secukup rasa
6) Masukkan Sos cili sikit
* Ade orang masukkan cendawan sekali sukahati korangla nak tambah ape2 ikut selera masing2


Bahan-bahan sos putih/ keju:
Butter 
Fresh milk/ Full cream
Tepung Gandum
Keju cheesedale
Lada hitam/ Lada putih

Cara-cara:
1) Cair kan butter
2) Masukkan tepung dalam 2 susu kecil pastu kacau
3) Masukkan susu dalam 250ml
4) Masukkan keju 2 keping pastu kacau sampai cair
5) Tampah kan lada putih & lada hitam secukup rasa
6) Kacau sampai likat sikit

Cara-cara penyediaan:
7) Pastu susun lasagna sheet kat dalam loyang, tutup satu loyang tu.
8) Pastu tabur inti daging. 
9) Lepas tu tuang sos putih kedalam loyang sampai tutup inti daging . 
11) Tabur keju mozarella and parmesan banyak2 baru sedap
11) Ulang balik step 7 - 11 
12) Masukkan oven dalam 200c dalam 20minit depends on oven jugak


Inilah hasilnyer.. Sedap.. sekejap je habis.. huhuhu














Tuesday, 5 February 2013

A Hectic Weekend 1


                      بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Waaa bestnye cuti.. Minggu ni cuti Thaipusam. So mmg bestla.. Ingat kan nak pergi kerja sebab kerja berlambak giler. Kalo ingat mmg nak nangis rase. Tp tak sampai hati pulak nak pergi kerja bile semua family ade kat rumah.. Hari jumaat lepas Raisya balik.. Mmg seronokla.. Bising rumah jadi bile sikecik nie sampai. Mulut die mmg xboleh nak berhenti.. "Alang Alang.." " Alang mane.." hehehe. Suka dengar sikecik nie bercakap.. Comel giler.. Mulut diee nie kalah mak nenek. Bila tanya Raisya dah besar nak jadi ape? Selamber je die cakap "Pelakon". Hehe. Harap2 xla.. Die sesuai jadi lawyer kot sebab mulut die becok.. Hari sabtu Aqeelah pulak sampai. Seronokla dua2 budak kecik nie ade kat rumah.. Dah xtau nak layan mane satu. Layan Raisya kesian kat Aqeelah, layan Aqeelah kesian Raisya. Nasib Aqeelah kecik lagi so xtau nak jeles2 macam Raisya.


Budak gedik nie.. -NurRaisya Hazirah
Si comel Aqeelah Zahra




 27 Jan 2013 birthday ayah ke 59, Isnin pulak birthday kakak yg ke 30sen. So mmg plan nak buat Rainbow cake. Rainbow cake ni 1st time buat. So agak xcute and rase die pon xtaula. Family kate ok tp ade jugak yg kate manis la apela.. Xpela.. 1st try.. Next time buat elok2 sikit. Rupe die xcantik sangat sebab layer2 die xsame tebal.. Resepi pulok campur2 dari blog.. So untuk 1st try kire okeylaaa... Kakak ipar yg mmg masterchef untuk cake2 nie and kakak yg master dalam komen2 nie pon tolong. Siti - adik bongsu- tolong tangkap gambar jela.. Pastu post kat facebook dgn instagram.. Same2 gedik..Layer cake & frosting nie wat cream cheese ok gak rase die. Tapi next time kalo rajin nak try buat butter cream pulak.. Pernah rase rainbow cake dengan butter cream nie, sangat sedap ok.. Mesti kena cube lepas nie..




Resepi rainbow cake nie campur2 dari dalam belog lain. Nie resepi dia:

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum

250g unsalted butter
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cwn gula kastor

2 sudu teh esen vanila 
1 1/2 cwn susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
Pewarna ungu, merah, biru, hijau, pink, oren





Cara-cara:
1) Panaskan oven
2) Ayak tepong gandum, baking powder dengan garam
3) Pukul butter dan gula sampai kembang
4) Masukkan putih telur dan pukul sampai gebu
5) Masukkan esen vanila
6) Masukkan bahan yg diayak tadi selang seli dengan susu ..Pukul perlahan setiap kali masukkan..
7) Bahagikan adunan kepada 6 bahagian.. Masukkan warna & kacau sebati..
8) Masukkan satu bahagian dalam loyang yg dialas dan digris.. bakar selama 10-15minit suhu 200c.. Ulang sampai habis 6 bahagian.



Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:
250g Philadelphia cream cheese
125g Unsalted butter
1/4 cawan gula icing
1 sudu kecil vanilla esen

Cara-cara:
Pukul cream cheese dengan butter, dah kembang masukkan gula icing dengan vanilla esen.. Siap..




Wednesday, 23 January 2013

Kisah 7 hari Sebelum wafat Rasulullah SAW


Minggu, 4 Rabi'ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)

Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat (baqi '), ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu Allah SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.

Setibanya di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah seraya berkata: "Wahai Rasul, kepalaku pusing". Rasulullah-pun tersenyum, "Demi Allah wahai isteriku, kepalaku juga pusing sekali". Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah sambil bersendagurau, "Apa yang menjadi beban fikiran, bila engkau meninggal duluan sebelum aku?"
Sambil bersenda mesra Aisyah menjawab, "Demi Allah, jika demikian wahai Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang lain". Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur pada malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang menyebabkan wafatnya beliau.


Rabu, 7 Rabi'ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)

Seperti biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya secara bergilir. Dan setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba bertambah parah. Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul, lalu meminta izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah semakin parah, beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin 'Abbas dan Ali bin Abi Talib menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah tidak boleh menapak tanah.


Khamis, 8 Rabi'ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)

Rasulullah meminta dibawakan untuknya tujuh bejana berisi air dari tujuh telaga yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah dimandikan dengan air tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang, Rasulullah keluar dan berkhutbah di hadapan umatnya. Dan pada hari itu juga, Rasulullah masih sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat.

Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.


Minggu, 11 Rabi'ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)

Rasulullah membebaskan semua hamba sahayanya, dan menghebahkan seluruh peralatan perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang tersisa dari harta Beliau kecuali disedekahkan semuanya.


Isnin pagi, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)

Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dan Abu Bakar ra bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat para sahabatnya mendirikan solat. Beliau teringat perjuangan menyebarkan Islam yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23 tahun.

Abu Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah sedang memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar melangkah mundur sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun Rasulullah berkata, "Teruskan solat kalian .." Rasulullah tersenyum dan menutup kembali pintu rumahnya.

Itu adalah kali terakhir para sahabat melihat Rasulullah sebelum beliau wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para sahabat, dan saat itu mereka dalam keadaan sedang solat.


Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)

Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan duduk di sebelah kanan Rasulullah. "Selamat datang wahai puteriku" Sapa Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, seketika Fatimah menangis. Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan seketika itu pula Fatimah tertawa.

"Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?" Tanya Aisyah ra.

"Pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku; 'Bahawa Malaikat Jibril biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat Al-Qur'an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin petanda ajalnya sudah dekat '. Makanya aku menangis ". Jawab Fatimah Ra.

Lalu Fatimah melanjutkan, "Yang kedua, Rasulullah menanyakan, 'Apa kamu bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan melanjutkan perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang yang beriman' (ummahatulmukminin)? '. Dan aku tertawa haru mendengar soalan itu ", tuntas Fatimah ra.

Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri tercintanya Fatimah Ra.


Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi'ul Awwal 11 H

Di saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu Bakar (Abang dari Aisyah ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan untuk membersihkan gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak tersebut, dan lewat isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak ketika itu. Lalu Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman. Aisyah ra. langsung tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar diberikan kepada Rasulullah, dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah yang terakhir sebelum menemui ajal.

Setelah selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas, dan bibir beliau berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan mendengar Rasulullah berdo'a;


مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين, أللهم اغفرلي وارحمني والحقني بالرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..


Ertinya:

"Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari golongan para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi ..

Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;


إن للموت لسكرات .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..


Ertinya:

"Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi 'sakaratulmaut', Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. "

Pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita.
Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..


Anas bin Malik mengisahkan, "Tiada hari yang paling indah dan cerah selain hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada hari yang lebih mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di Madinah ". Source




Sunday, 20 January 2013

A YEAR TO REMEMBER

Bismillahirahmannirahim..

Harini datang ofis.. Semangat kan ahad pon kerja. Cadangnye balik ni nak pergi beli telipon baru.. heheh. Tapi macam xjadi je. huh. Kesian henpon kecik nie nak kena ganti. Tapi henpon ni selalu sangat habis battery. Beli pon murah second hand dari kawan. So x expect la tip top kan. Plan nak beli samsung mini s3. Tapi macam xpuas la screen kecik tu.. So kena beli note jugak. Note 1 je sebab note 2 xmampu.. hehehe. Dah lame dah minat note tapi pengaruh kawan2 nie kenapa ntah xbeli2 jugak.. So Note 1, you are on my wish list 2013. hehe.

Tahun lepas 2012 tahun paling mencabar rasanya.. Supposed to be a year to remember for me. Yes it is. But in a different kind of way. A lot of stuff has happened. Hard and sweets moments. Lets forgive, forget and move on!!  FORGET WHAT HURT YOU BUT NEVER FORGET WHAT IT TAUGHT YOU.

Alhamdullilah. Harini 20/1/2013 Allah bagi peluang lagi nak hidup bernafas dalam bumi dan rase nikmatnye hidup ni. Bnyak wishlist tahun 2013 ni.. Harap2 by the end of 2013 at least ada something yg boleh dapat and 2013 will be a year to remember.. Insyaallah..

My 2013 wishlist

1) Samsung Note  


2) Job Hunting - cari kerja baru woot woot

              

3) Bayar PTPTN..

                   

4) More savings


                       

4) Disiplin

  • Lebih rajin kerja
  • Disiplin dalam belanja
  • Tidur awal bangun awal
  • DIET!!!!! Atleast 45kg  by the end of 2013



5) Be more positive, loveable, funny and happy person.. yeeeehaaaaa!!!


6) Looking for MR. RIGHT hihiihii



7) More travel, more shopping &  less thinking..







Saturday, 19 January 2013

Serammm

Bismillahirrahmanirahim....

Semalam layan maharajalawak mega sampai kul 12 lebih.. yeay JOZAN menang.. As expected. suke suke suke! Suke punye pasal layanla twitter #CongratsJozan semalam.. Suke tgk johan & zizan nyer friendship. Sweet la bile zizan kiss johan. ade ke kawan2 laki kat luar sane yg kiss kawan die cmtu? ssh kan. Except for gay. Same2 trending semalam #UitmLendu.. G gatal kepochi busy body sgt kan nak tau pasal ape. Tbace satu blog dr student sana. Ade gangguan katenye. Seriusly scary, horror, nightmare semua bile bace. Tgh pagi buta dlm kul 1 lebih bace sorg2 dlm bilik. Cari pasal.

Kalau Munira setahun lepas, baca pasal cite hantu2 nie teringat ghostbuster n jangan pandang belakang je. Mmg xcaya lansung hantu2 nie. Tp gangguan jin n setan, YES. Teringat zaman kat sekolah teknik bentong dulu. Ada budak kena histeria. Pastu brjangkit2 sampai blok lain. Seram.. Serius. Siap cikgu-cikgi bersilat lg kat foyer. Mcm biase kecohla satu sekolah. Esok tu dapat tau yg budak yg 1st kena histeria tu sbnrnye sebab saka. Family die dh bwk balik. Tu bukan 1 je kes. Lepas tu dormmate sendiri yg kena pulak. Lg horror wkt tu. Sebelah katil je kot. Waktu asar pulak tu tetibe member nie meracau.. Seram.. Sampai brjangkit2 kat member sebelah die. Tp Alhamdulillah la benda tu xlame. Ktorg bace yassin tdo ramai2 pastu esoknye back to normal.

Macam2 sbnrnye cerita hantu kat hostel nie. Sekolah Teknik Bentong dulu femes dgn 'Mariam'. Kononnya Mariam nie mati kena rogol dgn guardla pastu mengandung, buang anak dalam tangki block C pastu bunuh diri. Betul ke tak pon xpasti. Mane2 hostel pon same sbnrnye. Semuanye ade cerita2 sendiri. Salah satu cerita seram kat hostel, hantu locker -kisah budak mati dalam locker sebab sorok dari nak pergi solat jumaat. Pastu member die lupa terkuncila budak tu sampai hari ahad. Kebetulan minggu tu minggu balik kampung. Matila budak tu dalam locker. Lagi satu cerita hantu yg duduk atas locker kire 'satu tidor, dua tidor, tiga pon tidor, haa. yg katil nombor empat xtidor..' Menyeramkan...

So far dr form 4 duduk hostel, Alhamdulillah xpernah nampak lagi benda2 camni. Ramai jugak kawan2 cerita nampak orang bersilat tgh malam la apela.. Tp gangguan tu banyak. Sangat banyak sebenarnya.. Diri sendiri pon pernah kena gangguan.. Tapi gangguan dalam cara lain. Hmm next post nnt cerita pengalaman sendiri pulak. Insyaallah.

Cadangannye nak pergi kerja harini tapi dah tersangkut update belog pulak. hehehe. TERpaksa la duduk rumah bermalas-malasan.. hihihi.

 Salam.. ;)

Friday, 18 January 2013

My beginning to the blogging world

Bismillah.. Actually  ni belog yg ke 3. Before nie ade 2 belog. Tp dua2 padam. Sebenarnye xpaham kenape org buat belog2 nie semua tu pasal xaktif update. Tp seronok baca belog org.. Belog nie mcm diari kn. Diari kenape nak kena share dengan org? Diari dulu2 siap ade lock lagi . Maybe sekarang org lagi suka share. Sy mmg xsuka share cerita dengan orang. Sebab rasa hidup sy boring giler.. Pergi kerja balik kerja tidor makan bangun balik tidor balik pastu tidor tidor tidor. Weekend pon spend dgn family, terpaksa kerja pastu tidor.. Ntah kenape terasa nak aktif balik belog. Sebab tetibe  terase hidup nie xdela boring sgt. Rasenye ade org yg lagi boring kot. Bangun pagi makan pastu tidor pastu makan pastu tidor.. Ade kot org camtu. Pikir2 nak letak gmbr profile pon xtau nak letak gambar ape.. Ade satu jela gambar.. post yg nth pape nie pon 3 hari baru nk publish.. hihi. cukup2 nak layan maharaja lawak.. ;) harap2 entry lain ade idea pulok. 


Wednesday, 16 January 2013

Helloooooo

yeay.. Ni belog baru saya.. saja gatal bikin baru n delete yg lama.. New year. New Blog. New me..